Pemilihan Semula MIC diteruskan – Mahkamah Tinggi KL

0
252
KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi menolak kes yang difailkan oleh bekas Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan tiga pemimpin MIC lain untuk menangguhkan Keputusan Mahkamah Tinggi pada Jun 15 yang mengarahkan Pemilihan Semula MIC diadakan. Keputusan itu diumumkan oleh Hakim Datuk Asmabi dimana  Palanivel, bekas Setiausaha Agung MIC A. Prakash Rao, dan naib presiden Datuk S. Sothinathan dan Datuk S. Balakrishnan yang menfailkan kes untuk mendapatkan penangguhan sementara untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Rayuan.
Mahkamah Rayuan sebelum ini telah menetapkan 13 Julai untuk mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. Amarjeet yang mewakili responden utama Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkata, Hakim Datuk Asmabi mengarahkan empat pemimpin MIC untuk membayar kos RM5,000 kepada  setiap responden. Responden yang terlibat dalam kes ini ialah Pejabat Pendaftaran Pertubuhan RoS, Senator Datuk S. Vigneswaran dan Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan. Peguam Jadadish Chandra yang mewakili Palanivel, Prakash, Sothinathan dan Balakrishnan dalam kes ini. Empat bekas pemimpin MIC berusaha untuk menangguhkan keputusan 15 Jun yang memihak kepada ROS dengan arahan untuk mengadakan pemilihan semula.- MyTimes

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here