Pemilihan Parti MIC ditunda selepas PRU 14

0
1172
Sumber Gambar: FMT

Kuala Lumpur, 29 Januari (MyTimes) Pemilihan Parti MIC ditunda selepas Pilihanraya Umum yang ke 14. Keputusan ini dibuat sebulat suara dalam Mesyuarat Tertinggi Pusat MIC yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Presiden MIC petang tadi di Ibupejabat MIC.

Keputusan untuk menunda pemilihan parti MIC adalah tepat bagi membolehkan MIC fokus dalam memberi khidmat kepada masyarakat dan bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang ke 14 kata Setiausaha Agung MIC, Saktivel Alagappan. Tambah beliau segala gerak kerja akan menumpukan ke arah program transformasi masyarakat India yang bertunjangkan kepada 11 teras yang telah diumumkan oleh Presiden MIC.

Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi MIC juga bersetuju untuk melaksanakan 8 tugasan utama iaitu untuk menambahbaik perundangan MIC bagi membolehkan ianya selaras dengan perkembangan masa kini, menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengkaji polisi and strategi politik bagi memberi nasihat kepada parti. MIC juga akan mempromosikan pengelibatan belia india dalam bidang sukan dengan mengimplimentasikan Pelan biru bagi pembangunan sukan. Satu pusat khidmat akan disediakan di Ibu pejabat MIC yang akan selia oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi MIC. Batu Caves akan dijadikan hub perkembangkan tradisional dan budaya masyarakat India. Bukan itu sahaja, MIC juga akan memastikan kesemua 15 dewan Masyarakat dan 15 krematorium yang dijanjikan oleh YAB Dato Seri Najib Razak siap dibina dan akhir sekali pencetakan buku tamil yang ditulis oleh penulis tempatan dalam tempoh yang singkat.

Terlebih dahulu Parti UMNO dibawah pimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak menunda pemilihan parti mereka selepas PRU ke 14. Parti MIC diperuntukan 9 Kerusi Parlimen dan 18 Kerusi Dun dalam Pilihanraya Umum ke 13 lepas. – MyTimes

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here