Suriyakala dinaikan ke pangkat Brigediar Jeneral ATM

0
554

Pegawai Wanita India Tentera Darat Malaysia yang pertama Puan Suriyakala Suriabagavan dinaikan ke pangkat Brigediar Jeneral sebagai Pengarah CKT MK ATM.

Bekas Pengarah Dasar dan Pengurusan Cawangan Sumber Manusia Markas TDM, Suriakala Suriabagavan berkata, ilmu pengetahuan adalah kunci utama kepada perkembangan pasukan itu secara produktif.

Beliau berkeyakinan tinggi bahawa hanya tenaga kerja yang berilmu mampu memacu pembangunan dan kecemerlangan organisasi.

“Saya menyertai ATM hanyalah dengan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.

“Tetapi apabila menceburi organisasi ini saya sudahpun memiliki dua sarjana yang kedua-duanya adalah hasil pembelajaran ditanggung sepenuhnya oleh ATM,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, ini jelas menunjukkan ATM merupakan sebuah organisasi yang amat mementingkan ilmu pengetahuan untuk melahirkan anggota siap siaga dan berketerampilan.

Sementara itu, ketika ditanya adakah wujud halangan atau sekatan untuk kaum bukan bumiputera menyertai organisasi ATM, Suriakala menjelaskan, dalam ATM peluang yang diberikan adalah sama rata.

Katanya, tiada sekatan untuk kaum bukan bumiputera menyertai ATM. Baginya minat dan kredibiliti seseorang itu adalah penting untuk membolehkan seseorang itu berjaya.

Selain itu, katanya, ATM juga merupakan sebuah organisasi yang menjaga kebajikan anggota dan ahli keluarga bagi memastikan kehidupan mereka terbela.

Berkualiti

Menurutnya, dalam ATM kehidupan berkualiti merupakan perkara yang sentiasa dititikberatkan dalam kehidupan setiap anggota dan ahli keluarga mereka.

Ditanya tentang penglibatan anggota wanita dalam ATM, beliau berkata, bidang ketenteraan merupakan bidang yang mencabar bagi wanita.

“Tidak semua wanita berminat untuk menceburi bidang ketenteraan.

“Bagi saya, bidang ini merupakan sesuatu yang cukup mencabar dan menarik untuk melatih diri menjadi seseorang berdisiplin serta berpengetahuan,” ujarnya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here