Palanivel ‘ponteng’ mesyuarat Kabinet hari ini?

0
348

Putrajaya : Semua mata akan tertumpu kepada Dato Seri G. Palanivel sama ada beliau akan hadir ke Mesyuarat Kabinet yang akan dipengerusikan oleh Dato Seri’ Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia hari ini. Mesyuarat kabinet ini merupakan mesyuarat pertama yang akan dihadiri oleh  Kedua – dua Menteri MIC selepas ROS mengeluarkan surat mengesahkan Timbalan Presiden MIC Dato Seri’ Dr. S. Subramaniam mengjawat jawatan sebagai Pemangku Presiden MIC yang sah selepas Palanivel hilang kelayakan sebagai ahli MIC secara automatik kerana mengheret ROS ke Mahkamah tanpa persetujuan Ahli Jawatankuasa Kebangsaan CWC MIC.

Kedudukan Palanivel dalam Kabinet masih kabur kerana Dato Seri’ Najib Razak dikatakan sedang menunggu keputusan pemilihan MIC yang dijangka selesai bulan oktober 2015 bagi membolehkan Menteri baru dari MIC mengantikan tempat Palanivel tetapi menngikut budi bicara PM, perubahan dan menyingkiran Palanivel dari jawatan Menteri boleh dilaku pada bila – bila masa yang dirasakan sesuai. Struktur pentadbiran MIC bolehkan Presiden dan Timbalan Presiden MIC memegang jawatan Menteri dalam Kabinet. – MyTimes

SHARE
Previous articleBedah 23 kali untuk jadi Superman
Next article‘7 Kuasa’ Punca harga minyak naik
Journalist, author and editor for MyTimes. Holds certificate in Public Relation and Journalism. 8 Years of experience in reporting and political analyst.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here