Palanivel Merayu

0
294

Kuala Lumpur : Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel akan menfailkan rayuan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak semakan kehakiman akan keputusan ROS yang mengarahkan pemilihan semula parti. Datuk Seri G. Palanivel bersama empat individu akan menfailkan rayuan keputusan Mahkamah Tinggi pada esok 16 Jun 2015.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad menegaskan bahawa tiada sebab untuk mahkamah campurtangan dalam keputusan ROS memandangkan ia adalah munasabah dan rasional sejajar  dengan Seksyen 16(1) dan Seksyen 18 (b)(1) Akta Pertubuhan 1966.

Mahkamah memerintahkan kelima-lima pemohon termasuk Datuk Seri G. Palanivel supaya membayar kos RM90,000 kepada ROS, Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden MIC Datuk M Saravanan, yang juga pencelah dalam permohonan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here