Palanivel kini Ahli Parlimen Bebas?

0
2170

Kuala Lumpur, 15 Ogos 2015 (MyTimes) – Kedudukan Bekas Presiden MIC dalam Dewan Rakyat menjadi tanda tanya sejak beberapa bulan lepas apabila keahlian beliau dalam Parti MIC terlucut secara automatik iaitu mengikut akta ‘Ipso Facto’ apabila membawa MIC ke Mahkamah untuk mencabar keputusan RoS untuk MIC mengadakan pemilihan semua yang tanpa mendapat kelulusan Ahli Majlis Jawatankuasa Pusat yang sah.

Tambahan pula, dalam rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri Dato Seri’ Najib Tun Abdul Razak pada akhir bulan Julai 2015, Palanivel telah digugurkan dari jawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar selepas Mahkamah memutuskan RoS telah bertindak tepat manakala RoS pula telah mengeluarkan satu surat rasmi memaklumkan Dato Seri’ Dr S. Subramaniam akan memangku Jawatan Presiden MIC sehingga Pemilihan Semula MIC diadakan.

Palanivel bersama penyokongnya pula bertindak tentangan dengan Dato Seri’ Dr S. Subramaniam dengan melantik Dato Sothinathan sebagai Setiausaha Interim bagi menjalankan proses pemilihan semula dimana ianya tidak dilayan oleh RoS kerana Setiausaha MIC terakhir sebelum pemilihan MIC 2013 iaitu Saudara Saktivel adalah Setiausaha Interim MIC dan telah pun disahkan oleh pihak RoS. Palanivel bersama kunco – kunconya mengadakan beberapa majlis seumpama penamaan calon presiden MIC dan mengelarkan dirinya sebagai Presiden MIC yang baru. Namun keputusan penamaan itu tidak diluluskan oleh Pihak RoS kerana proses penamaan tersebut tidak dijalankan oleh Jawatankuasa Interim MIC.

Palanivel dilanda musibah lagi apabila namanya disingkirkan dari senarai nama – nama pemimpin Barisan Nasional apabila tidak diundang untuk menghadiri Mesyuarat Tertinggi Barisan Nasional yang diadakan oleh Perdana Menteri Dato Seri’ Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional. Sebaliknya Pemangku Jawatan Presiden MIC, Dato Seri’ Dr. S. Subramaniam dijemput untuk mengetuai MIC dalam mesyuarat tersebut. Ini dilihat satu tamparan hebat kepada Palanivel dan para penyokongnya.

Persoalannya, Apakah Palanivel yang kini tidak mempunyai parti dan jawatan dalam parti komponen Barisan Nasional SUDAH berstatus Ahli Parlimen Bebas? Sudah ada ura – ura mengatakan Datuk Seri G. Palanivel akan menyertai Parti Pembangkang bagi meneruskan “nyawa” politik beliau namun tiada sebarangan pengesahan daripada pihaknya. Kedudukan Kerusi Ahli Parlimen Cameron Highlands tersebut di Parlimen yang selalunya duduk di tempat keempat, sebaris dengan kerusi Perdana Menteri telah pun digantikan dengan kerusi Parlimen Segamat yang disandang oleh Pemangku Presiden MIC, Dato Seri’ Dr. S. Subramaniam.

Sidang Dewan Rakyat Penggal ke 13 Mesyuarat ketiga akan bermula pada 19 Okotober 2015 sehingga 3 Disember 2015. (MyTimes)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here