Palanivel ditegur Najib di Parlimen

0
4742

KUALA LUMPUR, 27 Jan 2016(MyTimes) :Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertemu dengan bekas Presiden MIC , Datuk Seri G. Palanivel buat pertama kali selepas digugurkan daripada kabinet Julai lepas.

Pertemuan itu mengambil tempat di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Parlimen tengahari tadi . Turut kelihatan bersama Palanivel ialah bekas Setiausaha Politik beliau , En. Anbumani Balan yang turut menyertai Palanivel ke pejabat Perdana Menteri sejurus selepas Najib tiba di Parlimen , dedah sumber.

12592355_10208278251495441_6044128226074880535_n

Menurut sumber lagi , tujuan Perdana Menteri bertemu dengan Palanivel adalah untuk mendapat penjelasan dari bekas pemimpin MIC tersebut yang sering dilihat bersama pemimpin DAP Pulau Pinang berikutan gambar Palanivel bersama YB Lim Guan Eng dan YB Prof. Ramasamy yang tersebar secara viral di laman media sosial baru-baru ini. Perdana Menteri juga menegur sifat Palanivel yang seolah-olah cuba sabotaj parti Barisan Nasional dan menyaran beliau untuk hentikan segala aktiviti yang bertentangan dengan prinsip Barisan Nasional.

Sumber juga berkata bahawa Perdana Menteri sedar akan kekerapan perjumpaan Palanivel dengan pemimpin DAP Pulau Pinang. Najib juga telah menyaran Palanivel dan para penyokong beliau untuk hentikan segala perbalahan dengan kepimpinan MIC yang baru kerana ianya bukan sahaja menjejaskan imej parti MIC secara khusus tetapi melibatkan imej Barisan Nasional sebagai kerajaan Persekutuan.

Sumber juga memberitahu pertemuan yang berlangsung lebih kurang 40 minit itu juga membincangankan masa depan kerusi Parlimen Cameron Highlands yang kini diwakili Palanivel atas tiket MIC.

Palanivel dikatakan kelihatan tenang menerima teguran Najib.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here