P Pinang akan tangkap, hapus semua anjing liar

0
324

Kerajaan negeri Pulau Pinang sudahpun memulakan tindakan menangkap dan membunuh semua anjing liar di negeri tersebut bagi membasmi wabak anjing gila (rabies) yang mula dikesan sejak bulan lalu.

Exco hal ehwal kesihatan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin berkata operasi khas itu bermula sejak semalam melalui tindakan satu jawatankuasa khas kerajaan negeri.

“Semua anjing liar di Pulau Pinang akan ditangkap, dimusnah dan dihapuskan untuk mengelakkan kemungkinan wabak itu merebak,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Menurutnya, operasi itu akan diteruskan sehingga wabak berkenaan dapat dikawal.

Beliau memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak bermain dengan mana-mana anjing liar kerana mungkin akan dijangkiti wabak tersebut melalui air liur.

Para pemilik anjing pula diwajibkan mengurung haiwan tersebut di rumah dan melakukan vaksinasi untuk mengelakkan jangkitan.

 

Sementara itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng mengisytiharkan negeri itu sebagai kawasan wabak anjing gila.

Perisytiharan itu sekali gus menghalang mana-mana individu daripada mengeluarkan anjing daripada negeri itu tanpa kebenaran pengarah perkhidmatan veterinar negeri.

Lim berkata, mana-mana anjing yang tidak dikawal akan dihapuskan oleh anggota jabatan berkenaan.

Individu yang diberi kuasa oleh jabatan berkenaan juga berhak memeriksa apa-apa kawasan tanah, bangunan atau premis untuk memeriksa mana-mana anjing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here