Orkim Harmony: Kru selamat, rundingan dengan perampas sedang dijalankan

0
198
PELABUHAN KLANG 17 June 2015. Kapal Tangki MT Orkim Harmony yang hilang di perairan Laut China Selatan. NSTP/Rosdan Wahid

Kesemua 22 anak kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu disahkan selamat.

Perkara tersebut disahkan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar melalui akaun Twitter miliknya sebentar tadi.

Beliau turut memberitahu bahawa kapal KD Terengganu berjaya memintas kapal tangki berkenaan dan telah pun berjaya berkomunikasi dengan kapten kapal tersebut. Melalui perbualan itu, semua anak kapal disahkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tweet terbaharu beliau menyebut usaha kini ke arah memujuk perampas kapal tersebut agar menyerah diri dan berjanji mereka tidak akan diapa-apakan jika berbuat demikian.

– Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here