Najib Ucap Selamat Berjaya Kepada Calon UPSR

0
194

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat berjaya kepada calon-calon yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula esok.

“Selamat berjaya kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR mulai esok,” demikian catatan beliau dalam laman Twitter dan Facebooknya hari ini.

Seramai 455,929 calon akan menduduki UPSR 2015 yang dijalankan selama tiga hari.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, daripada jumlah itu sebanyak 446,511 calon terdiri daripada calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 9,418 calon sekolah swasta.

Sebanyak 8,134 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan 49,655 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadual.- BERNAMA

SHARE
Previous articleAhmad Maslan misquoted
Next articleSeks Luar Tabii, Penggangur Dipenjara 20 Tahun
Journalist, author and editor for MyTimes. Holds certificate in Public Relation and Journalism. 8 Years of experience in reporting and political analyst.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here