“Najib Pemangkin Utama Pembangunan Infrastruktur SJKT”- Dr Subra

0
903

Shah Alam, 24 September (MyTimes) – “Tempoh 6 tahun ini adalah satu tempoh yang amat menguntungkan kepada komuniti India khususnya kepada Sekolah – Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dimana peruntukkan infrastruktur pembangunan sekolah SJKT adalah lebih banyak daripada tahun – tahun sebelumnya kerana Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri’ Najib Razak mahu SJKT terus membangun setaraf Sekolah Kebangsaan” Kata Datuk Seri Dr. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Presiden MIC Kebangsaan ketika mengadakan lawatan rasmi ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Renggam semalam.

Subra-Kamal-23-9-15-1
Datuk Seri Dr. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Presiden MIC bersama YB P.Kamalanathan Timbalan Menteri Pendidikan melawat sekolah SJKT Sungai Renggam/ Foto oleh MyTimes

Dr.Subramaniam turut menegaskan bahawa MIC akan memperjuangkan kewujudan Sekolah Vernakular Tamil di Malaysia dan Kerajaan tidak berhasrat untuk menggantikan Sekolah Vernakular dengan Sekolah Satu Aliran kerana terdapat 6 buah Sekolah SJKT baru yang akan dibina dalam masa terdekat.

Dr. Subra juga mengsyorkan agar Kementerian Pendidikan Malaysia membentuk satu modul intergrasi perpaduan bagi Sekolah Menengah yang pelajarnya daripada pelbagai kaum dan agama, kerana 100 peratus murid yang tamat pendidikan rendah akan menyambung di Sekolah Menengah, maka adalah amat penting untuk diterapkan modul intergrasi perpaduan tersebut.

Lawatan Rasmi Rasmi Datuk Sri Subramaniam bersama Timbalan Menteri Pendidikan berkata sekolah SJKT Sungai Renggam yang mempunyai 897 murid kini menerima peruntukan RM2.836 juta bagi pembinaan satu blok tambahan dengan tiga tingkat bagi menampung lebihan murid dari kawasan sekitar. – MyTimes

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here