Najib, Modi Rasmi Gerbang Torana Sebagai Lambang Persahabatan Berterusan

0
231

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi hari ini bersama-sama merasmikan Gerbang Torana di ‘Little India’, Brickfields di sini untuk melambangkan persahabatan antara kedua-dua negara.

Gerbang Torana merupakan hadiah daripada kerajaan India kepada rakyat Malaysia sebagai tanda persahabatan berterusan antara dua negara dan ia diumumkan oleh perdana menteri terdahulu, Dr Manmohan Singh ketika melakukan lawatan rasmi ke Malaysia pada Oktober 2010.

Najib dalam ucapannya berkata Gerbang Torana itu melakar satu lagi detik penting dalam sejarah hubungan baik antara Malaysia dan India yang terjalin sekian lama.

Beliau berkata ia juga memberi isyarat kerjasama rapat dan dimensi baharu dalam hubungan rakyat dengan rakyat antara kedua-dua negara.

“Sebagai sahabat yang terikat dengan hubungan sejarah, Malaysia dan India terus berusaha untuk menjadikan hubungan antara dua negara dan rakyat kita lebih mendalam dan kuat,” katanya sebelum merasmikan Gerbang Torana.- BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here