MyPPP , IPF & Makkal Sakthi Cuba Sabotaj Najib ?

0
1563
KUALA LUMPUR--Prime Minister Datuk Seri Najib Razak congratulating MIC president Datuk Dr S Subramaniam on the smooth process of the MIC's Central Working Committee (CWC) re-election yesterday. Looking on are new MIC deputy president Datuk Seri SK Devamany (left) and newly elected CWC members (background)

Oleh Dhanyaraam Chinathamby

Pada 6 November 2015 , YAB Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak telah merasmikan Mesyuarat Agung MIC yang ke-67 di Dewan MAEPS Serdang. MIC pada masa itu baru sahaja selesai mengharungi kemelut politik terbesar dalam sejarahnya.

Dalam ucapan YAB Perdana Menteri , beliau menyatakan kegembiraan dan kepuasan beliau melihat MIC yang berjaya menyelesaikan krisis dalam dengan cepat dan efektif dalam kaedah yang terbaik. Beliau juga menyatakan keinginan beliau melihat MIC dengan kepimpinan baharu yang diterajui oleh YB Datuk Seri Dr. Subramaniam , berganding bahu dengan semua pihak untuk memartabatkan lagi komuniti India di Malaysia.

Kenyataan Perdana Menteri ini dibuat di hadapan ribuan delegasi dan penyokong MIC yang juga turut disaksi oleh para hadirin terhormat yang terdiri daripada wakil-wakil dari UMNO, MCA , MyPPP , IPF , Makkal Sakthi dan lain lain parti komponen Barisan Nasional.

Anehnya, sejak kebelakangan ini sebilangan pemimpin dari parti komponen MyPPP , IPF dan Makkal Sakti kelihatan cuba untuk menyangkal pengiktirafan yang diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan Perdana Menteri.

12669634_1081294818582195_2475405979250505776_n

Seperti yang kita tahu , Palanivel telah hilang keahlian MIC dan jawatan presiden parti itu tahun lepas, selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) mendapati pemilihan parti itu bagi 2013 adalah tidak sah kerana berlaku penyelewengan dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam dilantik sebagai presiden selepas pemilihan semula parti diadakan atas arahan RoS.

Tetapi , Palanivel masih lagi menggelar dirinya Presiden MIC yang sah dan menggunakan nama parti MIC dalam beberapa program beliau. Antara yang terbaru adalah ‘Program Pesta Ponggal 2016’ yang akan berlangsung kelmarin di ibu negara.

Lebih mengejutkan adalah penglibatan Presiden MyPPP merangkap Penasihat Kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia , Tan Sri Kayveas yang hadir menyokong kumpulan haram tersebut. Presiden parti IPF , Datuk Sambathan dan Presiden parti Makkal Sakthi , Datuk R.S. Thanenthiran juga dilaporkan akan menghadiri sambutan ponggal pada hari ini.

Kesemua penama diatas telah menghadiri Mesyuarat Agung MIC pada November yang lalu dan menjadi saksi pengiktirafan yang diberikan oleh RoS dan Perdana Menteri kepada MIC. Kesemua daripada mereka tahu bahawa Palanivel bukan lagi presiden yang sah dan ianya salah disisi undang-undang untuk terus menggunakan nama MIC dalam program-program beliau.

Antara persoalan yang timbul :

  1. Mengapa pemimpin-pemimpin komponen cuba menyangkal pengiktirafan RoS dan Perdana Menteri ?
  2. Mengapa pemimpin-pemimpin komponen TIDAK menyuarakan ketidakrelaan mereka untuk mengiktiraf Dr.Subramaniam sebagai Presiden MIC di Mesyuarat Tertinggi BN?
  3. Mengapa MyPPP menjemput Dr.Subramaniam atas kapasiti President ke Mesyuarat Agung MyPPP beberapa bulan yang lalu , jika MyPPP tidak mengiktiraf MIC dibawah kepimpinan Dr.Subramaniam?
  4. Mengapa pemimpin-pemimpin komponen TIDAK membantah apabila Dr.Subramaniam dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional hujung tahun lepas?
  5. Apa peranan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan , YB Senator Dato Loga Balan Mohan dalam memberi permit untuk menjalankan program itu atas tiket MIC?

Tetapi sehingga hari ini, wakil-wakil dari parti komponen ini masih memberi sokongan kepada Palanivel untuk terus ‘menjual’ nama MIC. Apakah ini satu rancangan untuk sabotaj kepimpinan Barisan Nasional dibawah Najib?

Perbuatan wakil-wakil dari parti komponen ibarat ‘Duri Dalam Daging’ ini jelas bertentangan dengan apa yang Perdana Menteri mahukan , iaitu ‘Perpaduan’ di kalangan komuniti dan pemimpin India di Malaysia.

Perdana Menteri harus tegas dalam isu ini dan tidak seharusnya bertolenrasi dengan ‘musuh dalam selimut’ kerana ini bukan sahaja menjejaskan imej kerajaan Barisan Nasional tetapi menunjukkan kualiti dan sikap pemimpin-pemimpin komponen yang tidak menghormati kepimpinan tertinggi Barisan Nasional

MyTimes News Portal is not responsible or does not accept any form liability for the contents and material portrayed in the article above. We publish articles and opinions without prejudice.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here