Murid SJK(C) dan SJK(T) Boleh Masuk Tingkatan 1 Tanpa Kelas Peralihan – KPM

0
10142

Putrajaya, 14 Sep 2015 (MyTimes) – Kementerian Pendidikan Malaysia berkata murid – murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil boleh diambil masuk ke Tingkatan 1 tanpa melalui Kelas Peralihan bagi sesi persekolahan 2016. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pada 11 September lepas.

Kementerian Pendidikan juga telah memberikan garis panduan baru kepada sekolah – sekolah rendah bagi memastikan semua murid dari sekolah masing – masing untuk masuk ke Tingkatan 1 termasuk memberi arahan kepada semua Guru Besar Sekolah Rendah untuk menubuhkan satu bernama “Jawatankuasa Kemasukan Murid ke Tingkatan 1 Tanpa Melalui Kelas Peralihan (Peringkat Sekolah)” yang akan dianggotai oleh Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Dua Orang Guru Bahasa Melayu – (MyTimes)

[embeddoc url=”http://www.mytimes.com.my/wp-content/uploads/2015/09/circularfile_file_001269.pdf” viewer=”google”]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here