Minum air kencing sendiri: Alasan gurauan tidak boleh diterima – P. Kamalanathan

0
200

KUALA LUMPUR, 23 Jun:

Kenyataan “minum air kencing sendiri” tidak wajar dikeluarkan seorang penolong kanan di sebuah sekolah di Sungai Petani, demikian kata Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan.Menurut beliau, walaupun guru di sebuah sekolah rendah di Kedah itu menjelaskan, beliau tidak berniat untuk memalukan atau menghina murid, namun alasan “sekadar berseloroh” tidak boleh diterima dalam sistem pendidikan negara.

Menurutnya, guru perlu menyedari setiap perkataan yang keluar dari mulut mereka seharusnya berhikmah dan perkataan sedemikian tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pendidik.“Saya dimaklumkan bahawa guru (penolong kanan terbabit) menggunakan perkataan-perkataan secara berseloroh dan tidak berniat menyinggung perasaan mana-mana murid.“Walau bagaimanapun, apabila berurusan dengan murid, kenyataan seperti itu tidak boleh diterima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Terdahulu, dalam kenyataan awal beliau, Kamalanathan yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor hanya berkata, Jabatan Pendidikan diarah menjalankan siasatan segera membabitkan kenyataan ‘minum air kencing sendiri’ yang didakwa dibuat penolong kanan berkenaan.

Beliau yang mesra dengan panggilan ‘YB Kamal’ di Hulu Selangor melalui laman Facebooknya berkata, kementeriannya telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Kedah menyiasat perkara itu dan “kami sedang menunggu keputusan.”Akibat daripada isu yang dianggap salah faham dilakukan penolong kanan tersebut, sekolah berkenaan telah mengadakan perhimpunan khas, bagi memberi penjelasan dan memperbetulkan persepsi tentang kejadian semalam.

Jelasnya, satu laporan polis telah dibuat ibu bapa, jadi kementerian akan memberi ruang kepada polis untuk menyiasat perkara itu terlebih dahulu.Beliau turut memberi jaminan tindakan sewajarnya akan diambil kementerian terhadap guru terbabit, selepas siasatan selesai.

Satu laporan polis telah dibuat ibu bapa, jadi polis akan menyiasat kenyataan "minum air kencing sendiri" itu terlebih dahulu.

 

LEAVE A REPLY