Mesyuarat Tertinggi UMNO : Muhyiddin dan Shafie jadi tumpuan

0
331

Kuala Lumpur, 9 Sep (MyTimes) – Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini menjadi tumpuan utama oleh anggota parti tetapi juga seluruh rakyat Malaysia. Mesyuarat Tertinggi UMNO ini adalah mesyuarat pertama selepas penguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal dari jawatan Kabinet pada bulan Julai lepas.

Tan Sri Muhyiddin, yang telah dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, dan Dato Seri Shafie Apdal, yang kehilangan jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan Kabinet.

Sumber terdekat kepada kedua – dua pemimpin UMNO telah mengesahkan bahawa mereka akan menghadiri mesyuarat itu yang dijangka bermula pada jam 3.30 petang di Menara Dato ‘Onn,PWTC. Tumpuan terhadap mesyuarat tertinggi UMNO lebih memuncak apabile keluar bahawa bahawan Majlis Tertinggi UMNO itu akan memecat kedua-dua pemimpin tersebut dari parti.

Pemimpim – pemimpin kanan UMNO seperti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua PemudaUMNO YB Khairy Jamaluddin dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul Rahman Dahlan, telah menyangkal khabar angin tersebut. – MyTimes

LEAVE A REPLY