Monday, August 21, 2017
Home BM Mesyuarat Tertinggi BN : Subra dijemput, Palanivel tidak diundang

Mesyuarat Tertinggi BN : Subra dijemput, Palanivel tidak diundang

0
943

PUTRAJAYA 14 Ogos (MyTimes) – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan perjumpaan dengan semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, menghabiskan masa hampir dua jam dalam pertemuan dengan semua pemimpin – pemimpin Parti Komponen Barisan Nasional tersebut.

Antara yang hadir Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Pemangku Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam. Bekas Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel yang masih mengelarkan Presiden MIC tidak diundang untuk menghadiri meyuarat tertinggi Barisan Nasional ini. Beberapa orang yang dipercayai penyokong bekas Presiden MIC itu berkumpul diluar Pejabat Perdana Menteri namun telah bersurai tidak lama kemudian.

Difahamkan pertemuan berkaitan dengan penjelasan berhubung rombakan Kabinet pada 28 Julai lalu dan penyelarasan hala tuju Barisan Nasional bagi mengharungi Pilihanraya Umum ke 14. – MyTimes

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here