Mesyuarat Kabinet : Dr Subra diberi pengiktirafan sebagai Presiden MIC

0
1435
Dato Seri' Subramaniam di kedudukan Kerusi Mesyuarat Kabinet yang baru/ Ogos 15

Putrajaya, 26 Ogos (MyTimes) – Mesyuarat Kabinet hari ini melihat dudukan kerusi milik Datuk Seri’ Subramaniam, Presiden MIC ditempatkan sebaris dengan kerusi Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, bersebelahan dengan kerusi milik Dato Seri’ Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.

MyTimes difahamkan kebiasaan Menteri – Menteri Kabinet yang memang jawatan Presiden parti akan ditempatkan sebaris dengan Perdana Menteri dalam setiap mesyuarat Kabinet. Terlebih dahulu, Perdana Menteri Dato Seri’ Najib Tun Abdul Razak mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri’ Subramaniam atas pemilihan beliau sebagai Presiden MIC sebelum memulakan mesyuarat Kabinet.

Perdana Menteri, Dato Seri' Najib Tun Abdul Razak berjabat tangan dengan Dato Seri' Subramaniam, Menteru Kesihatan Malaysia merangkap Presiden MIC sebelum mesyuarat kabinet/Ogos 15
Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri’ Najib Tun Abdul Razak berjabat tangan dengan Dato Seri’ Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Presiden MIC sebelum mesyuarat kabinet/Ogos 15

Datuk Seri’ Dr. Subramaniam dipilih sebagai Presiden MIC baharu pada jumaat lepas selepas lebih 2800 cawangan MIC menyokong pencalonon beliau untuk bertanding jawatan Presiden MIC ekoran daripada bekas Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel yang hilang keahlian parti MIC dan telah digugurkan dari Kabinet dalam rombakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada akhir bulan Julai lepas. – MyTimes

SHARE
Previous articleAgenda BERSIH yang TIDAK BERSIH
Next articleRosmah dalam dokumentari “1Malaysia Ikon”
Journalist, author and editor for MyTimes. Holds certificate in Public Relation and Journalism. 8 Years of experience in reporting and political analyst.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here