Mesej Gempa & Tsumani di Pahang Palsu – MET

0
183

Putrajaya : Jabatan Meteorologi Malaysia menafi gempa bumi dan Tsunami akan melanda negeri Pahang dalam masa 36 jam. Penafian itu dikeluarkan oleh jabatan Meteorologi Malaysia pada 3.40 petang 10 Jun 2015 melalui laman facebook rasmi MET juga di Portal rasmi jabatan tersebut. Pengeluaran Kenyataan rasmi ini adalah ekoran daripada tersebarnya berita bencana akan melanda negeri Pahang dalam masa terdekat.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak memercayai sebarang maklumat atau amaran di media sosial yang bukan dari Met Malaysia. Juga dalam Kenyataan yang sama, jabatan Metreologi meminta orang ramai merujuk laman web rasmi met www.met.gov.my atau laman rasmi facebook met di www.facebook.com/malaysiamet. Pengguna twitter boleh mengikuti perkembangan twitter met di alamat www.twitter.com/malaysianmet – MyTimes

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here