“Menteri Pendidikan arah Sekolah di Empat Negeri ditutup esok” – P. Kamalanathan

0
530

Kuala Lumpur, 14 September 2015 (MyTimes) – YB. P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan I berkata Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah mengeluarkan arahan penutupan operasi sekolah di empat buah negeri bermula esok. Antara 4 Negeri yang terlibat ialah Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Keputusan ini dimaklumkan oleh YB.P. Kamalanathan melalui laman twitter dan Facebook rasminya pada pukul 11.34pm malam 14 September 2015. Keputusan ini dibuat apabila keadaan jerebu bertambah buruk pada petang semalam dan dijangka akan bertambah buruk pada hari selasa. Kadar Indeks Ketulenan udara juga melepasi paras tidak sihat. Kementerian Pendidikan Malaysia tidak memberikan sebarang maklum balas sama ada cuti peristiwa ini akan dilanjutkan sehingga Khamis ini berikutan hari rabu merupakan cuti umum, Hari Malaysia. – MyTimes

Maklumat Lanjut akan menyusul

Screen Shot 2015-09-15 at 12.42.25 AM
YB.P.Kamalanathan memaklumkan melalui Laman Twitternya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here