Media disaran kemaskini status MIC

0
642

Tuan,

Berhubung dengan perkara di atas, kami ingin menyatakan bahawa pihak media perlu lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan berita serta kandungannya. Kandungan berita perlu selaras dengan perkara yang benar dan undang undang negara kita.

Adalah satu kenyataan bahawa MIC sedang mengalami satu krisis. Walaubagaimanapun, krisis ini sedang menemui satu pengakhiran. Dalam pada itu, adalah penting pihak media terutamanya, mengetahui atau ambil tahu perkara yang betul, lalu melaporkannya.

Untuk pengetahuan, Jabatan Pendaftaran Syarikat dan Persatuan (ROS) telah membuat keputusan bahawa Pemilihan Parti MIC tahun 2013 tidak sah di sisi undang undang. Ini kerana terdapat 7 kesalahan dan penipuan di dalam pemilihan tersebut. Justeru itu, ROS meminta MIC untuk mengadakan Pemilihan Semula.

Mantan Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel pada mulanya berkata beliau akan akur dan akan mengadakan Pemilihan Semula parti, tetapi kemudian bertindak secara persendirian untuk mencabar pihak ROS di mahkamah. Tujuan memfailkan kes di mahkamah adalah untuk menepikan arahan ROS terhadap parti.

Malangnya, kedua dua mahkamah, iaitu Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa pihak ROS membuat keputusan dan arahan yang betul terhadap MIC dan Pemilihan Semula perlu dijalankan. Di sampingnya, ternyata dalam Perlembagaan Parti MIC, Artikel 91 bahawa mana mana pihak yang membawa MIC atau perkara yang berhubung dengan MIC ke mahkamah, tanpa kebenaran Majlis Tertinggi MIC (CWC) akan dilucutkan keahlian secara otomatik (ipso facto).

Di sini, mantan Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel, bersama dengan 4 orang lagi iaitu Dato Sothinathan, Tan Sri Dato Balakrishnan, En.Prakash Rao dan En. A.K Ramalinggam telah dilucutkan keahlian secara persendirian kerana kelima lima individu ini tidak mendapat mendapat kebenaran Majlis Tertinggi MIC. Malah, tiada sesiapa di MIC tahu tentang kes di mahkamah sehingga ia di failkan.

Perkara ini sudah di maklumkan dan di terangkan kepada ROS, pihak mahkamah dan juga Perdana Menteri kita. Itu lah salah satu sebabnya Datuk Seri G Palanivel digugurkan sebagai Menteri di kabinet. Perdana Menteri mahu supaya MIC mengadakan Pemilihan Semula supaya krisis di parti boleh diselesaikan dan melantik calon yang baik untuk menggantikan tempat Menteri yang digugurkan.

Selama ini, semua tindakan yang diambil oleh Pemangku Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subramaniam adalah berasaskan undang undang dan perlembagaan parti. Puak Palanivel selama ini hanya mencuba untuk mengelirukan orang ramai serta ahli ahli MIC. Sehingga kini, semua aktiviti yang dilakukan oleh puak Palanivel termasuk mengadakan Pemilihan Semula dan Penamaan Calon atas nama MIC menyalahi undang undang.

Pada 9hb Ogos 2015 yang lalu, MIC telah mengadakan konvensyen Ketua Ketua Cawangan MIC seluruh negara, yang dihadiri oleh 2800 Ketua Cawangan dan telah meluluskan beberapa resolusi. Antara resolusi yang telah diluluskan di konvensyen itu adalah bahawa MIC akan akur kepada arahan pihak ROS melalui surat mereka bertarikh 5.12.2014, 19.1.2015 dan 6.02.2015. Selain dari itu, MIC juga telah membuat keputusan untuk menerima dan akur kepada senarai pemegang jawatankuasa majlis tertinggi MIC, dimana Datuk Seri G.Palanivel bukan lagi Presiden atau Ahli MIC melalui surat ROS bertarikh 26.06.2015. Ketua ketua cawangan seterusnya meluluskan resolusi bahawa hanya mesyuarat, aktiviti dan keputusan yang diambil oleh Majlis Tertinggi 2009 (2009 CWC) adalah mesyuarat dan keputusan yang sah di sisi undang undang dan perlembagaan parti MIC.

Media tidak patut terikut ikut dengan pengeliruan puak berkenaan. Masih ada lagi media yang menggelar Palanivel sebagai Presiden dan masih melaporkan berita mengenai pemilihan palsu beliau yang dilakukan semata mata untuk mengelirukan rakyat.

Kami menasihati dan ingatkan pihak media terutamanya supaya lebih bertanggungjawab dan melaporkan berita yang betul dan berasaskan kepada undang undang Malaysia dan perlembagaan parti MIC.

Sekian dan harap maklum,

K.Kesavan
Ketua Penerangan Pemuda MIC Kebangsaan

SHARE
Previous article24 Pelajar Ditahan Kerana Main Snuker
Next article“I’m not resigning”- Zeti
Originally from a small town in NS, An Information Tech dude, Now living in Cyberjaya, Working as ECM Engineer@Application Engineer, Freelance web developer and a columnist. "Life has an amazing way of changing!". Outside of this (And social media in general.), I have love for anything that moves( Cars,Motorcycles, planes etc.), technology/engineering, good food, cooking, music, cinema, photography, cycling, traveling.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here