“MCA dan GERAKAN dialu-alukan untuk menyertai Pakatan Harapan” – Rafizi

0
236
Image by The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

Subang Jaya, 22 September 2015 (MyTimes) – Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata parti-parti komponen Barisan Nasional seperti MCA , GERAKAN dan parti – parti dari Sabah dan Sarawak adalah dialu-alukan untuk menyertai Pakatan Harapan yang baru ditubuhkan.

“Jika MCA menolak perkauman, mahu reformasi pentadbiran Kerajaan dan boleh ada perjanjian persefahaman antara kita maka, MCA, GERAKAN dan parti – parti komponen Barisan Nasional khususnya dari Sabah dan Sarawak dialu – alukan untuk menyertai Pakatan Harapan” kata Rafizi Ramli selepas mesyuarat pertama antara pemimpin – pemimpin PKR, DAP dan AMANAH.

Rafizi Ramli juga berkata bahawa mesyuarat penubuhan Pakatan Harapan turut dihadiri Dato Saifuddin Abdullah pemimpin Barisan Nasional walaupun beliau hadir atas kapasiti pemerhati bebas dan dari Akademi Belia, menjelaskan keterbukaan Pakatan Harapan dalam menerima pemimpin dari berlainan parti- MyTimes

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here