Mat Sabu umum letak jawatan

0
368
Calon Timbalan Presiden PAS bagi tahun 2013-2015 Mohamad Sabu mengankat tangan selepas berjaya menewaskan lawannya Dato' Hj Mohd Amar Nik Abdullah selepas diumumkan secara rasmi mengekalkan jawatan lamanya pada Muktamar Tahunan Parti Islam Semalaysia (PAS) kali ke-59 di Stadium Melawati Shah Alam, Kuala Lumpur 23 November 2013 Gambar : NOOR ASREKUZAIREY SALIM Pemberita : Manzaidi Mohd Nor

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu membuat pengumuman meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) serta Penang International Halal Hab (PIHH) semalam.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, keputusan itu dibuat sebagai mematuhi resolusi Dewan Ulama PAS Pusat mengenai pembatalan tahaluf siyasi dengan DAP yang diluluskan Rabu lalu.

“Saya memutuskan untuk meletak jawatan saya di Pulau Pinang bagi mematuhi resolusi ulama.

“Ia akan diikuti beberapa rakan lain di negeri itu dan Selangor,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan hari terakhir Muktamar PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini, semalam.

Sementara itu, menjawab persoalan mengenai perbezaan pandangannya dengan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mat Sabu yang juga Pengerusi Lajnah Mobilisasi dan Demokrasi PAS Pusat berkata, ramai menganggapnya untuk menggulingkan presiden.

“Sebenarnya hubungan kami tetap mesra namun gambaran di bawah (ahli) nampak lain,” katanya – Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here