“Masyarakat India benci perkataan ‘keling’ – Pemuda MIC

0
264

PETALING JAYA: Ketua Pemuda MIC Sivarraajh Chandran menuntut Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf secara terbuka kerana menggunakan perkataan “keling”, seperti yang dipaparkan dalam satu klip video 25 saat yang tersebar di media sosial semalam.

“Masyarakat India benci perkataan ‘keling’ kerana apabila ia digunakan untuk merujuk kepada kami, ia membawa maksud untuk menghina. “Mahathir harus memohon maaf secara terbuka kerana menggunakan perkataan yang menghina,” katanya dalam satu kenyataan.

‘Keling’ digunakan di era penjajahan bagi menggambarkan individu daripada benua kecil India dan berasal daripada nama Kalinga. Walaupun perkataan itu digunakan secara umum, sejak 1960an ia digunakan untuk menghina orang India Malaysia.

 “Kami mengecam sekeras-kerasnya penggunaan perkataan menghina itu kerana sebagai seorang bekas perdana menteri, beliau tidak sepatutnya menjadi orang terakhir menggunakan perkataan itu terhadap orang India,” kata Sivarraajh.

Dalam klip itu, Mahathir dilihat memperkecilkan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangani rangkaian pengganas IS. Mahathir dirakamkan berkata: “Kita tengok gambar Najib pegang senapang selalu…lawan dengan IS…kata apa…orang keling kata ‘podah’. Ini bohong.”

Sivarraajh membandingkan perkataan ‘keling’ seperti penggunaan perkataan menghina yang lain seperti ‘pariah’ dan ‘nigger’, dan seterusnya berkata Mahathir menggunakan perkataan itu secara sedar. “Dalam ucapan Mahathir, beliau bukan sahaja menggunakan perkataan ‘keling’, tetapi buat lawak menggunakan perkataan Tamil.” – Freemalaysiatoday

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here