26.5 C
Kuala lumpur
Tuesday, January 16, 2018
Home BM Mahkamah Persekutuan Kekalkan Hukuman Khir Toyo

Mahkamah Persekutuan Kekalkan Hukuman Khir Toyo

0
183

PUTRAJAYA 29 Sept. – Dr. Mohamad Khir Toyo kekal menjalani hukuman penjara setahun terhadap sabitan mendapatkan untuk beliau dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai jutaan ringgit, lapan tahun lalu.

Keputusan terhadap bekas Menteri Besar Selangor itu dicapai secara sebulat suara oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini, diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.

Mahkamah turut menolak rayuannya agar hukuman penjara digantikan dengan khidmat masyarakat iaitu rawatan pergigian percuma selama dua tahun.

Beliau turut kehilangan hartanah tersebut iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo selepas panel bersidang mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 yang mengarahkan perayu dilucutkan hak ke atasnya.

Bekas Menteri Besar Selangor itu didapati bersalah mendapatkan untuk beliau dan isteri, Zahrah Kechik, 50, hartanah tersebut yang bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta.

Mohamad Khir, 50, disabitkan mendapatkan hartanah tersebut di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam daripada Ditamas Sdn. Bhd. melalui Pengarahnya, Shamsuddin Hayroni dengan harga RM3.5 juta, sedangkan dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta. – Utusan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here