Mahathir Tolak Kehendak Rakyat Malaysia – Khairy

0
37

KUALA LUMPUR, – Kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Transformasi Nasional 2050 (TN50) adalah amat menyedihkan dan dikesali kerana ia menunjukkan bahawa bekas perdana menteri itu menolak aspirasi kolektif golongan muda Malaysia, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata TN50 adalah suara golongan muda Malaysia yang menyaksikan berjuta-juta golongan muda telah tampil untuk berkongsi harapan, impian dan aspirasi untuk membina masa depan bersama.

“Tetapi bagi kamu (Dr Mahathir), semuanya tentang legasi peribadi kamu. Ia disempitkan kepada Wawasan 2020 lawan TN50. Betapa sedih dan betapa remeh-temeh.

“Saya telah banyak kali menjelaskan secara terperinci betapa kedua-dua gagasan adalah sebahagian daripada naratif utama kisah rakyat Malaysia. Cerita kejayaan dan pembangunan secara berterusan. Tetapi bagi kamu, semuanya hanya tentang legasi kamu, Saya, diri saya, Mahathir,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here