Mahasiswa Disaran Sertai Program Kemasyarakatan – Mary Yap

0
165

TAWAU, 18 Dis – Golongan belia khususnya mahasiswa disaran menyertai program berbentuk kemasyarakatan sebagai nilai tambah diri dan menjadi contoh kepada belia lain di kampung masing-masing.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching berkata penyertaan mereka dapat memantapkan kemahiran dan pengalaman sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenar.

Katanya, melalui aktiviti kemasyarakatan para mahasiswa dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dengan penduduk setempat selain dapat berkongsi ilmu dan idea yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian – Bernama

LEAVE A REPLY