‘M1NDER bantu Pelajar India Masuk IPT’ – P.Kamalanathan

0
220

Sungai Siput, 28 Julai 2016 (MyTimes) – “Program Malaysian Indian Education Roadshow atau lebih dikenali sebagai M1NDER, membantu pelajar-pelajar lepasan SPM untuk memasuki IPT Kerajaan” kata Dato P.Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan I.

Program M1NDER yang membawa wakil wakil instituti pengajian untuk memberi taklimat penuh bagi membolehkan pelajar – pelajar mendapat maklumat mengenai bidang pendidikan yang mereka minat dan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai syarat syarat kemasukan dari Universiti sehingga ke Politeknik.

“Ruang dan Peluang sentiasa ada bagi semua lapisan masyarakat bagi meneruskan pengajian mereka, namun pelajar- pelajar ini haruslah memperkasakan diri mereka dengan menepati semua syarat- syarat yang ditetapkan” tambah beliau.

Program M1NDER dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia yang diperkenalkan pada 2015 mendapat sambutan tinggi dalam kalangan masyarakat india khususnya pelajar india. Program ini dijalankan menerusi SEDIC cabang yang ditubuhkan khas oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak bagi meningkatkan sosioekonomi masyarakat india. – MyTimes

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here