Lori Kontena Terbakar, Pemandu Selamat

0
106

SHAH ALAM, 6 Dis – Seorang pemandu berusia lingkungan 40-an nyaris maut apabila lori kontena yang dipandunya terbakar di Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang dekat sini, malam ini.

Difahamkan berlaku letupan sewaktu kebakaran kira-kira pukul 8 malam itu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata ketika kejadian lori itu dipercayai dari Pelabuhan Utara menghala ke Pelabuhan Barat – Bernama

LEAVE A REPLY