Lelaki maut digilis ERL

0
277

New Doc 1_1(1)-2KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui mati berdekatan Stesan ERL Bandar Tasik Selatan pagi ini. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) malam tadi mengatakan mangsa dipercayai menceroboh masuk ke dalam trek dan tidak mempunyai tiket mahupun sebarang dokumen pengenalan diri mengesahkan mangsa bukan penumpang ERL. Mayat mengasa ditemui oleh pemandu ERK pada 9.10 pagi tidak jauh daripada Stesen Bandar tasik Selatan.

Penemuan mayat mangsa menyebabkan perkhidmatan ERL tergendala dan disambung semula pada pukul 1.30 tengahari. Orang ramai dinasihatan agar tidak memasuk kawasan trek ERL untuk tujuan keselamatan kerana kereta api ERL bergerak senyap dengan berkelajuan tinggi. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, insiden berlaku pada jam 9.30 malam semalam apabila lelaki tidak dikenali itu maut selepas digilis oleh ERL yang dalam perjalanan ke Stesen KL Sentral. Beliau berkata beberapa bahagian tubuh mangsa telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here