Lebih 2,500 Pengerusi Cawangan MIC hadir sokong Subra

0
1163

Subang, Ogos 9 – Lebih 2,500 Pengerusi cawangan MIC hadir ke Konvensyen Pengerusi Cawangan MIC yang diadakan di One City, Subang hari ini. Kehadiran Pengerusi cawangan MIC yang telah disahkan keahlian oleh ROS dan Jawatankuasa Interim 2009-2013 MIC dilhat memberi sokongan penuh kepada Pemangku Presiden MIC iaitu Dato Seri Dr. S. Subramaniam yang merasmikan konvensyen ini.

Antara pemimpin – pemimpin MIC yang hadir di Kovensyen ini ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Dato Saravanan, Timbalan Menteri Pendidikan 1 YB P.Kamalanathan dan Speaker Negeri Perak, Dato Seri SK. Devamany yang juga merupakan ketua – ketua cawangan MIC di bahagian masing – masing. Konvensyen ini adalah langkah pertama dalam menjalankan pemilhan semua MIC seperti mana yang diarahkan oleh RoS. Turut hadir untuk memberi sokongan kepada Pemangku Presiden MIC ialah ketua keempat – empat sayap MIC iaitu Pemuda MIC, Putera MIC, Wanita MIC dan Puteri MIC.

Screen Shot 2015-08-09 at 12.20.58 PM
Laman Rasmi Ketua Pemuda MIC C.Sivarrajh Chandran memuat naik gambar para pengerus MIC cawangan yang hadir di One City Subang
Screen Shot 2015-08-09 at 12.18.34 PM
YB.Pkamalanathan melalui laman twitter rasminya memuat naik gambarnya bersama lebih 2,500 pengerusi cawangan MIC 

Dato Seri Dr S. Subramaniam memangku jawatan Presiden MIC selepas keahlian Bekas Presiden MIC terbatal secara automatik (IPSO Facto) berikutan keputusan Mahkamah mengesahkan RoS bertindak secara teratur serta membuang kes yang difailkan oleh Bekas Presiden MIC dan 4 orang ahli MIC. – MyTimes

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here