Lebih 200 Polis Pahang Diberi Sebulan Untuk Jalani Pemeriksaan Kesihatan

0
112

KUANTAN, 6 Okt – Lebih 200 pegawai dan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang diberi tempoh sebulan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan yang diwajibkan ke atas mereka atau akan berdepan tindakan.

Ketua Polis Pahang Datuk Rosli Ab Rahman berkata tindakan itu diambil bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan baik, sekali gus membantu mereka menghadapi risiko dan tekanan semasa bertugas.

“Kita bukan hendak mendera, tetapi mahu memastikan semua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada dalam keadaan sihat,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata tahun lalu, tujuh daripada 24 kematian dalam kalangan pegawai serta anggota polis Pahang adalah disebabkan penyakit jantung dan tahun ini sehingga September, tiga daripada 16 kematian disebabkan penyakit sama.

Beliau sebelum itu merasmikan Program Gaya Hidup Sihat di Kem Bukit Galing yang turut dihadiri Ketua Jabatan Pengurusan IPK Pahang ACP Yahaya Othman dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pahang SAC Othman Nanyan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here