Laluan Alternatif Dari N.Sembilan Ke Pantai Timur #InikanRaya

0
162

SEREMBAN : Dua laluan alternatif disediakan untuk pengguna jalan raya pulang beraya ke pantai timur tanpa perlu melalui Jalan Seremban-Kuala Pilah, kata Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Datuk Ir Dr Roslan Md Taha.

Beliau berkata laluan itu boleh menjimatkan jarak perjalanan antara 10 hingga 14 kilometer.Menerusi laluan itu, pengguna yang mahu ke Karak, Muadzam atau Temerloh dari arah Nilai, boleh menggunakan laluan Mantin, Lenggeng, Kuala Klawang, Simpang Pertang dan Bandar Sri Jempol, katanya di sini.

Manakala dari Pedas, pengguna boleh melalui Rembau, Kg Batu, Dangi, Bahau, Batu Kikir dan Simpang Pertang.

Roslan berkata beberapa ciri keselamatan seperti pemasangan papan tanda dan garisan jalan telah dinaik taraf di laluan berkenaan.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here