Khir Toyo diserang sakit jantung

0
231

PETALING JAYA, 26 Ogos (MyTimes) –  Bekas Menteri Besar Selangor Dato Seri’ Dr Mohd Khir Toyo mengalami serangan jantung pagi Rabu. Mohd Khir dikatakan berjoging apabila dia rebah dan tidak sedarkan diri. Beliau dikejarkan ke Hospital Selayang untuk diberikan rawatan awal dan telah dipindahkan ke Institut Jantung Negara dan telah sedar semula lewat petang tadi.

Dr Mohd Khir, 50, seorang doktor gigi dengan kelayakan, telah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor pada tahun 2000 dan terus memegang jawatan itu sehingga negeri Selangor jatuh ke tangan pembangkang pada tahun 2008.

Mahkamah Persekutuan dijangka menyampaikan keputusannya mengenai rayuan Dr Mohd Khir ke atas hukuman penjara 12 bulan yang dikenakan ke atas tuduhan rasuah hari ini.

Beliau didapati bersalah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor  untuk membeli sebidang tanah dan sebuah banglo di bawah harga pasaran. – MyTimes

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here