Ketua Audit Negara Serah 1MDB Kepada PAC

0
119

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang hari ini membentangkan laporan awal mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di bangunan Parlimen.

Laporan yang ditunggu-tunggu oleh banyak pihak itu dibentangkan di hadapan PAC yang diketuai Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed kira-kira 10.30 pagi dan dijangka selesai sekitar 4 petang ini.Media dibenarkan mengambil visual sebelum sesi itu dimulakan.

Pada 4 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan ketua audit negara untuk mengesahkan secara bebas akaun 1MDB.PAC sebelum ini dilaporkan memulakan prosiding siasatan pada 19 Mei berhubung isu yang dihadapi syarikat pelaburan strategik kerajaan itu.

PAC mengambil keputusan memulakan siasatan terhadap 1MDB susulan mesyuarat khas pada 30 April lepas.- BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here