Kerajaan Komited Sediakan Pendidikan Prasekolah Murid Kaum India

0
651

PUTRAJAYA, 9 Jan — Kerajaan komited untuk menyediakan pendidikan prasekolah berkualiti kepada anak-anak kaum India sebelum memasuki Tahun Satu, kata Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dalam Bajet 2018 peruntukan RM10 juta untuk membina 50 prasekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara.

Selain itu, katanya kerajaan melalui Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC), Jabatan Perdana Menteri juga menyampaikan sumbangan khas untuk pembelian kelengkapan perabot bagi prasekolah baharu.

“Dengan peruntukan ini, ia masih tidak mencukupi. Sehubungan itu, untuk jangka masa pendek, kerajaan menyokong badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang melaksanakan pendidikan prasekolah untuk murid-murid kaum India dengan memberi peruntukan RM7 juta untuk membiayai gaji guru-guru.

“Dengan inisiatif ini, 7,000 murid tambahan telah mengikuti pendidikan prasekolah sebelum memasuki Tahun Satu,” katanya pada Majlis Penyerahan Cek Peruntukan Khas Perdana Menteri kepada tujuh SJKT- Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here