Keputusan STPM 2016 Diumum Pada 28 Feb Ini

0
291

PUTRAJAYA, 16 Feb – Keputusan bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 akan dikeluarkan pada 28 Feb ini, kata Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia, Mohd Fauzi Mohd Kassim.

Beliau berkata calon sekolah boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 12 tengah hari sementara calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

“Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Mesej Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT dan menghantarnya ke 15888. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here