Kepentingan parti sebagai keutamaan – Hishammuddin

0
299

TANGKAK 14 Ogos – Seluruh anggota UMNO diminta meletakkan parti sebagai keutamaan agar parti itu terus menjadi tunjang kepada kejayaan agama, bangsa dan negara. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, isu besar yang melanda UMNO perlu dielakkan kerana jika tidak ditangani dengan baik ia boleh menenggelam dan merosakkan parti.

“Anggota UMNO kena jaga negeri masing-masing dan jaga (dengan baik) bahagian masing-masing dan ia tidak boleh meletakkan usaha itu pada tangan seorang individu atau di peringkat (dalam parti) tertentu sahaja.

“Sebab itu jangan benarkan isu besar menenggelamkan kita dan jadikan itu sebagai cabaran untuk bangkit semula,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ledang di sini, hari ini. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here