“Kemeriahan Hari Malaysia ,Rakyat Bersatu di bawah Satu Bendera” – Dr.Subramaniam

0
679

⁠⁠⁠Kuala Lumpur , 16 September 2015 (MyTimes) – Kemeriahan Hari Malaysia tahun ini bertujuan untuk menunjukkan kepada negara dan dunia bahawa rakyat Malaysia boleh bersatu padu dengan mengenepikan semangat perkauman dan agama sebagai rakyat Malaysia dibawah satu bendera , ” kata Datuk Seri Dr.Subramaniam , Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Presiden MIC selepas melancarkan program Konvoi ‘UNITY Superbike’ sempena Hari Malaysia di Brickfields , Kuala Lumpur pagi tadi.

Beliau menegaskan bahawa semua pihak perlu mempelbagaikan program selaras dengan konsep INCLUSIVENESS atau keterangkuman supaya rakyat Malaysia hidup bersama di dalam suasana yang aman dan damai ke arah pembangunan negara Malaysia demi kesejahteraan semua

“Ini adalah hari yang di dalam sejarah di mana Persekutuan Tanah Melayu telah bergabung dengan Borneo Utara yang terdiri daripada Sabah dan Sarawak pada masa sekarang bagi menjadikan satu negara baru yang dipanggil Malaysia.

Dalam proses 50 tahun ini , Sabah dan Sarawak tidak pernah dianak tirikan. Malahan pelbagai jenis kemudahan telah  dibawa kepada kawasan-kawasan pendalaman di dalam Sabah dan Sarawak. Contohnya, pada 1962 di negeri Sabah ada 2 hospital sahaja di kawasan Kota Kinabalu dan Sandakan. Pada hari ini, kita mempunyai Hospital di tiap-tiap Bandar di negeri Sabah , ” ulas beliau.

Beliau berkata banyak Hospital Pakar dan ramai doktor di Semenanjung Malaysia telah bertugas di kawasan-kawasan pendalaman negeri Sabah dan Sarawak untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat sana.

“Ini adalah bukti komitmen Kerajaan untuk terus majukan Borneo selaras dengan arus pembangunan negara.

Kerajaan juga menyediakan Klinik Kesihatan dan perkhidmatan perubatan kepada rakyat Malaysia di dalam kawasan-kawasan pedalaman yang mempunyai akses terhad dan memerlukan perkhidmatan bot.

Ini tanggungjawab Kerajaan kepada semua rakyat Malaysia tak kira di mana mereka berada, tanpa mengira bangsa-bangsa seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun, Murut, Bidayuh dan sebagainya ,” sambung beliau.

20150916001844Beliau juga menegaskan pendirian parti MIC yang sebulat suara menolak perarakan dan demonstrasi yang mempunyai unsur-unsur dan menimbulkan perasaan perkauman merujuk kepada Perhimpunan Baju Merah di ibu negara hari ini.

“Saya tahu baru-baru ini ada beberapa kumpulan sedang usaha untuk menimbulkan perasaan perkauman. Apa yang kita mahu adalah tindakan-tindakan yang boleh dibuat untuk menyatupadukan kaum yang ada dalam negara kita seperti apa yang berlangsung disini pada pagi ini. Inilah yang paling mustahak ,” jelas beliau lagi.

Program Konvoi ‘UNITY Superbike’ sempena Hari Malaysia bertujuan bagi mengeratkan perhubungan yang tersedia ada dan menambahkan lagi sifat perpaduan di antara kaum Malaysia . Program ini juga disertai oleh Malaysian Road Safety Marshal Club dan Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan diketuai oleh En.Sivarraajh Chandran , Ketua Pemuda MIC Kebangsaan yang telah menghulurkan  lencana “Saya Anak Malaysia” kepada orang awam sekitar tapak pelancaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here