‘Kejatuhan ringgit bukan kerana saya’ – PM Najib

0
506
PUTRAJAYA 12 August 2015. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berucap sebelum menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Rolls-Royce dan UMW di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. NSTP/Mohd Fadli Hamzah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kejatuhan wang ringgit berlaku atas beberapa faktor. Perdana Menteri berkata, faktor pertama ialah tindakan kerajaan China menurunkan mata wang Yuan sekali gus menyebabkan kejatuhan mata wang negara ASEAN yang lain. Kedua, katanya, penurunan harga komoditi seperti minyak, minyak sawit dan getah secara mendadak juga telah menyebabkan kejatuhan Ringgit, lebih-lebih lagi kerana Malaysia adalah pengeluar komoditi-komoditi tersebut.

Beliau berkata, faktor berikutnya ialah jangkaan bahawa Amerika Syarikat akan menaikkan kadar faedah membuatkan ramai pelabur di serata dunia memindahkan dana mereka ke dalam mata wang Amerika. “Faktor keempat adanya mainan dan spekulasi politik yang keterlaluan menyebabkan sentimen yang tidak menentu terhadap pentadbiran negara,” katanya dalam blognya, sebentar tadi.

Perdana Menteri berkata, berdepan dengan faktor luaran dan cabaran dalaman termasuklah lakaran negatif oleh pihak tertentu terhadap keadaan ekonomi negara, hari ini dalam laporan terkini oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi tetap berada pada landasan yang stabil dengan mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 4.9 peratus pada suku kedua 2015. “Saya memberi jaminan bahawa kerajaan akan cuba sedaya upaya untuk menangani keadaan ini dengan tujuan untuk menstabilkan keadaan ekonomi negara,” katanya. – Bharian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here