26.4 C
Kuala lumpur
Wednesday, August 15, 2018
Home BM JPJ sita motosikal klon

JPJ sita motosikal klon

0
86

PERAI 19 Feb. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang berjaya menyita sebuah motosikal yang dipercayai hilang di negara jiran dan nombor pendaftarannya diubah menggunakan nombor palsu dalam Op Bersepadu Tahun Baharu Cina di Jambatan Pulau Pinang, di sini malam tadi. Hasil pemeriksaan ke atas motosikal klon itu mendapati tiada rekod dalam sistem JPJ dan nombor pendaftarannya adalah milik motosikal lain.

Timbalan Pengarah JPJ negeri Zulkarnain Yasin berkata, kes ini adalah kali pertama berlaku dan pihaknya akan mengambil tindakan terhadap penunggangnya kerana memiliki lesen kenderaan motor dan nombor plat palsu selain tiada insurans. “Hasil pemeriksaan yang dibuat mendapati nombor plat motosikal ini milik orang lain dan semakan ke atas nombor casis gagal menemukan sebarang rekod di JPJ,” katanya kepada pemberita, di sini malam tadi. Sebanyak 708 motosikal diperiksa setakat pukul 11 malam ini dan 107 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan selain empat motosikal disita. Selain itu daripada 20 yang diperiksa Agensi Antidadah Kebangsaan, enam ditahan kerana ujian air kencing mereka positif dadah. – UTUSAN

Spread the News :-
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •