JDT miliki pesawat sendiri

0
228

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan kapal terbang Gulfstream 550 kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi, Johor Southern Tigers hari ini, menyebut JDT dijangka menerima kapal terbang berkenaan pada pertengahan 2017.

“Kelab bola sepak JDT menerima satu lagi berita gembira apabila Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan kapal terbang untuk kegunaan pegawai dan pemain. Kapal terbang ini akan siap dan diserahkan kepada JDT pada pertengahan tahun depan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, JDT juga melakar sejarah tersendiri apabila muncul sebagai kelab pertama di negara ini mempunyai kemudahan pengangkutan udara sendiri. -Berita Harian

LEAVE A REPLY