Idris: Malaysia Negara Cemerlang Pendidikan Menjelang 2025

0
472

PUTRAJAYA – Seramai 197 atlet yang merupakan pelajar pendidikan tinggi di Malaysia telah melibatkan diri dalam Sukan SEA di Singapura Jun baru-baru ini. Lebih manis apabila, 34 emas dibawa pulang. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh yang merasmikan Minggu Pendidikan Tinggi (HEWM 2015) di Putrajaya pada pagi tadi berkata seiring tema “Gateway to Success” (Gerbang Kejayaan), graduan hari ini perlu bersifat holistik, seimbang dan mempunyai kemahiran keusahawanan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.” Beliau yang turut melaungkan slogan “We are Soaring Upwards” (Kita Tinggi Mengawan) berasa optimis sistem pendidikan tinggi di Malaysia hari ini dapat memenuhi kehendak dan keperluan tenaga kerja global.

Menurut beliau lagi, menjelang 2025, Malaysia pasti menjadi antara satu per tiga negara yang cemerlang dalam bidang pendidikan di dunia.

Selain sukan kayak, larian, ragbi, basikal dan pendakian tembok tiruan, empat lagi program utama turut mewarnai HEWM 2015. Antaranya, Karnival Pendidikan Tinggi, Seminar dan Kebudayaan, Inovasi, dan Pameran University Community Transformational Centre (UCTC).

Proton menyumbangkan 12 buah kereta Proton pelbagai model kepada pihak politeknik untuk tujuan Pameran dan Pertandingan Inovasi Proton-Politeknik (PIPPo).

HEWM 2015 bermula 13 Ogos 2015 sehingga 16 Ogos 2015 di Kementerian Pendidikan Malaysia, Presint 5 Putrajaya.

 

SHARE
Previous articleDr.Subra diiktiraf sebagai Pemangku Presiden oleh BN
Next articleAffordable electronic smokes attracting students
Originally from a small town in NS, An Information Tech dude, Now living in Cyberjaya, Working as ECM Engineer@Application Engineer, Freelance web developer and a columnist. "Life has an amazing way of changing!". Outside of this (And social media in general.), I have love for anything that moves( Cars,Motorcycles, planes etc.), technology/engineering, good food, cooking, music, cinema, photography, cycling, traveling.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here