Hishammuddin Temui Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi

0
315

JEDDAH, 23 Sept – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan beliau Timbalan Putera Mahkota Mohammed Bin Salman di Jeddah pada petang Selasa.

Agensi Berita Arab Saudi (SPA) melaporkan pada Rabu, dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin berbincang mengenai hubungan dua hala terutama dalam bidang pertahanan dan cara-cara untuk mengukuhkannya.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Turus Angkatan Bersenjata Arab Saudi Jeneral Abdul Rahman al-Banyan dan Ketua Setiausaha Pejabat Menteri Pertahanan Arab Saudi Fahad Al-Issa.- BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here