Hishammuddin Rakam Takziah Atas Tragedi Pesawat C-130 Indonesia

0
233
LANGKAWI, 18 Mac -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien bersama Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Roslan Saad (kiri) ketika hadir pada perasmian Persidangan Panglima Tentera Udara sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA'15) di sini hari ini. --fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Sealsa merakamkan ucapan takziah kepada Indonesia susulan lebih 70 orang terkorban dalam nahas udara paling buruk angkatan udara republik itu di Medan.

Hishammuddin dalam laman twitter beliau malam ini menzahirkan ucapan takziah dan dukacita yang mendalam kepada Pak Ryamizard (Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu, TNI (Tentera Nasional Indonesia) dan rakyat Indonesia atas tragedi C130 di Medan.””Saya telah berhubung dengan Pak Ryamizard untuk menyampaikan takziah, kami turut berasa sedih bersama seluruh rakyat Indonesia,’ katanya.

Sebuah pesawat Hercules C-130 Angkatan Tentera Udara Indonesia dilaporkan telah merempuh kawasan perumahan awam di Medan, utara Sumatera pada 11.50 pagi ini, mengorbankan sekurang-kurangnya 73 orang setakat ini.

Stesen televisyen Indonesia melaporkan bahawa pesawat tersebut merempuh kawasan perumahan Royal Gardenia di Medan, menyebabkan banyak rumah musnah.- BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here