‘Hisap’ punca diugut

0
143

Kuala Lumpur : Seorang lelaki yang identitinya dirahsiakan telah membuat laporan polis ekoran akibat diugut kerana tersalah hantar pesanan ringkas kepada satu number yang tidak dikenalinya. Dalam laporan polis tersebut, lelaki berkenaan mengatakan bahawa pesanan ringkas itu sepatutnya dihantar kepada isterinya tetapi tersalah hantar ke nombor lain yang milik seorang wanita yang berstatus isteri.

Tidak lama kemudian, lelaki tersebut menerima satu sms daripada nombor tersebut yang meminta bayaran pampasan sebanyak Rm3000 dan jika gagal berbuat demikian, anak – anak kepada wanita tersebut akan membuat laporan polis dan membawa kes ini ke mahkamah.Ekoran daripada ugutan tersebut lelaki tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Labis.

Laporan polis tersebut mula viral di media sosial dan aplikasi sosial sejak petang semalam. – MyTimes.

upload
Laporan Polis yang tersebar di Media Sosial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here