Guru rogol 26 pelajar

0
623
GANSU – CHINA. Seorang guru dijatuhi hukuman mati atas tuduhan merogol dan melakukan penderaan seksual terhadap 26 kanak-kanak perempuan di wilayah Gansu. Li Jinshun dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Rakyat Tianshua City selepas didapati bersalah merogol dan melakukan penderaan seksual terhadap 26 murid perempuan yang berusia empat hingga 11 tahun semasa mengajar di sebuah sekolah rendah pada tahun 2011 hingga 2012.Menurut laporan Xinhua, Li telah menyalahgunakan kuasanya sebagai guru dengan melakukan perkara yang tidak senonoh kepada pelajarnya di asrama dan bilik darjah di sekolah berkenaan. Hukuman berat yang dikenakan terhadap lelaki tersebut adalah kerana jenayah yang dilakukannya adalah berat dan memberi kesan mendalam kepada mangsa.April lalu, dua guru di China turut dihukum mati di atas kesalah seksual terhadap kanak-kanak. – Sinar Harian

LEAVE A REPLY