Ganjaran untuk tampar Ridhuan Tee – Ketua Pemuda MIC

0
382

Kuala Lumpur – “Teringin sangat nak tawar “ganjaran utk tampar dia ( Ridhuan Tee ) ” tetapi polis akan bertindak cepat dgn menyiasat saya bukannya dia. So kita lupakan shj pasal ganjaran dan tampar manusia yg kurang mengunakan otak ini” tulis Sivaraajh Chandran ,Ketua Pemuda MIC di laman Facebook beliau.

Untitled

Status Facebook beliau menerima pelbagai reaksi mencecah 90 komen dari pengguna dan perkongsian  oleh seramai 88 orang .

Reaksi panas ini bukan sahaja datang dari pemimpin tertinggi sayap Pemuda MIC malah juga dari rata-rata penguna laman media sosial yang kurang senang dengan kenyataan pendakwah dan juga pensyarah, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah hari baru-baru yang mencabar  pihak yang tidak bersetuju dengan etika pemakaian, untuk masuk ke gereja dan kuil dengan hanya berseluar dalam.

Menyifatkan pihak yang membantah kod etika itu sebagai tidak bertamadun, beliau berkata tidak ada agama yang membenarkan penganut mereka berpakaian mencolok mata.

“Puak-puak jenis ini manusia tak bertamadun. Tidak ada agama yang membenarkan pakaian mencolok mata.

“Elok juga mereka-mereka ini masuk ke gereja atau tokong dengan berseluar dalam sahaja selepas ini jika tidak percaya kepada etika pakaian,” mengulas beliau.

Beliau diminta mengulas tindakan pemimpin parti DAP, Ng Sze Han, yang sengaja menyindir kod etika pemakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara itu kelmarin mengeluarkan satu notis di facebooknya, membenarkan orang yang mahu berurusan di Pusat Khidmat Kinrara memakai apa saja jenis pakaian, kecuali berbogel.pusat khidmat kinrara 2

Sze Han berkata, orang ramai boleh memakai skirt atau seluar pendek, baju tanpa lengan atau apa saja pakaian yang dirasakan selesa.

Selain itu, dia juga memuat naik gambar yang menunjukkan tujuh cara berpakaian yang boleh dipakai untuk berurusan di pusat khidmat itu.

Antara yang boleh dipakai ialah pakaian sukan gimnas, pakaian ketat dan kain berbelah di bahagian paha.

Awal bulan lalu, isu kod etika pemakaian di jabatan kerajaan menjadi hangat apabila seorang wanita Cina berpakaian skirt pendek atas paras lutut yang mahu berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diarah memakai kain sarung oleh anggota RELA yang bertugas di jabatan itu.

Gambar wanita itu kemudian menjadi viral dalam media sosial hingga mendapat kecaman daripada pemimpin dan penyokong parti cauvinis itu.

Selain itu, dua wanita yang juga memakai pakaian tidak sopan dihalang berurusan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here