Formula Satu: Vettel takluk GP Singapura malam tadi

0
203
Ferrari Formula One drivers Sebastian Vettel (R) of Germany and Kimi Raikkonen (L) of Finland hold their trophies as they pose with teammate Riccardo Adami after the Singapore F1 Grand Prix at the Marina Bay street circuit September 20, 2015. REUTERS/Olivia Harris

SINGAPURA: Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel bangkit daripada detik mendebarkan selepas seorang individu memasuki litar perlumbaan untuk memenangi Grand Prix (GP) Singapura di sini, malam tadi, sekali gus merapati pasukan Mercedes.

Perlumbaan itu tergendala seketika apabila muncul seorang individu ke dalam kawasan perlumbaan, namun ia tidak menghalang Vettel untuk memastikan kemenangan dengan catatan masa 2 jam 1 minit 22.18 saat. “Ada orang dalam litar,” katanya menerusi radio pasukan yang turut menyaksikan kereta keselamatan terpaksa mengambil alih perlumbaan buat kali kedua.

Tempat kedua milik pelumba Red Bull, Daniel Riccirado manakala ketiga dimenangi Kimi Raikkonen dari Ferrari. Pendahulu keseluruhan perlumbaan, Lewis Hamilton gagal menamatkan perlumbaan selepas kenderaan dipandunya mengalami masalah mekanikal.

KEPUTUSAN GP SINGAPURA

1. Sebastian Vettel (GER/Ferrari) 308.828 km in 2jam 01min 22.118saat (purata kelajuan : 152.673 km/h)

2. Daniel Ricciardo (AUS/Red Bull) 1.478

3. Kimi Raikkonen (FIN/Ferrari) 17.154

4. Nico Rosberg (GER/Mercedes) 24.720

5. Valtteri Bottas (FIN/Williams) 34.204

6. Daniil Kvyat (RUS/Red Bull) 35.508

7. Sergio Perez (MEX/Force India) 50.836

8. Max Verstappen (NED/Toro Rosso) 51.450

9. Carlos Sainz Jr (ESP/Toro Rosso) 52.860

10. Felipe Nasr (BRA/Sauber AG) 1:30.045

11. Marcus Ericsson (SWE/Sauber AG) 1:37.507

12. Pastor Maldonado (VEN/Lotus) 1:37.718

13. Romain Grosjean (FRA/Lotus) 2 laps

14. Alexander Rossi (USA/Marussia) 2 laps

15. Will Stevens (GBR/Marussia) 2 laps

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/83408

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here