Saturday, November 18, 2017
Home BM Falcao masuk hospital dikasari seperti ragbi

Falcao masuk hospital dikasari seperti ragbi

0
534

MONACO 23 Sept. – Penyerang Radamel Falcao dikejarkan ke hospital selepas bergelut dengan kecederaan kepala yang dialami sewaktu Monaco tewas 0-4 kepada Nice dalam aksi Ligue 1.

Kekasaran tersebut diibaratkan seperti terjahan dalam sukan ragbi oleh jurulatih Monaco, Leonardo Jardim. Falcoa mengalami gegaran teruk di kepala semasa dia dilihat dihimpit oleh dua pemain Nice iaitu penjaga gol Yoan Cardinale dan pertahanan Paul Baysse.

Falcao, 30, tidak muncul di babak kedua dan tidak lama selepas itu dia dibawa ke hospital di Monte Carlo untuk membuat imbasan di kepada dan dada. Falcao, hampir pasti diketepikan dalam pertembungan dengan Angers dalam Ligue 1, namun perlu diturunkan bagi berdepan Bayer Leverkusen pada saingan Liga Juara-juara Selasa depan.

“Dalam kebanyakan perlawanan di Eropah, sepatutnya ia perlu dilayangkan kad merah. “Pengadil seharusnya memastikan situasi seperti ini wajar dikenakan hukuman setimpal kerana terdapat kekasaran melampau, seperti dalam sukan ragbi,” katanya. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here